Page 13 - Februari 2019
P. 13

Majlis Pelancaran

         Belon Gergasi & Buku Risalah Jom Hapuskan Aedes





                  B  Dr.  Lee Boon Chye,  Timbalan
                  Menteri    Kesihatan      Malaysia     telah
                  menyempurnakan        Majlis    Pelancaran
        YBelon Gergasi & Buku Risalah  ‘Jom
        Hapuskan  Aedes’ bertempat di Klinik Kesihatan
        Greentown Ipoh, Perak pada 24 Februari 2019.
        Program ini merupakan program kerjasama antara
        Jabatan Kesihatan Daerah Kinta dan Kelab Rotary
        Ipoh Selatan. YB Dr. Lee Boon Chye menyatakan
        bahawa  setiap residen atau penduduk  perlu
        lebih  bertanggungjawab  dengan  melakukan
        pemeriksaan berkala terhadap semua takungan air
        di sekeliling kawasan rumah terutama pasu-pasu
        bunga  atau kolam supaya  dapat menghapuskan
        jentik-jentik aedes dengan segera. Tujuan program
        ini adalah untuk menggerakkan usaha rakyat
        Malaysia secara lebih bersepadu  dalam bentuk
        gotong-royong dengan turut melibatkan kerjasama
        semua  pihak agar  tempat pembiakan  nyamuk
        aedes dapat dimusnakan secara menyeluruh.



























                                                                                          E-BULETIN KKM EDISi februari 2019   10
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18