Page 13 - Januari 2019
P. 13
lawatan kerja ybtmk ke klinik kesihatan
greentown, ipoh, perak
B Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri
Kesihatan telah mengadakan lawatan
kerja ke Klinik Kesihatan Greentown
YIpoh, Perak pada 7 Januari 2019. Turut
hadir adalah YBhg. Datuk Dr. Ding Lay Ming,
Pengarah JKN Perak. Klinik Kesihatan tersebut
telah dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan
Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan
Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan
Perak pada 24 Oktober 2002. Klinik tersebut
menerima purata kedatangan pesakit seramai 850
orang sehari. Taklimat mengenai pengurusan klinik
telah disampaikan oleh YBrs. Dr. V. Paranthaman,
Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga Klinik
Kesihatan Greentown. YB Dr. Lee Boon Chye telah
meluangkan masa beramah mesra dengan warga
kerja klinik dan melawat fasiliti dan perkhidmatan
kesihatan yang disediakan di Klinik Kesihatan
Greentown.
E-BULETIN KKM EDISi januari 2019 10