Page 15 - Januari 2019
P. 15

mesyuarat pihak berkuasa kawalan dadah (dca) 2019


                 ada 8 Januari 2019,  YBhg. Datuk Dr.
                 Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah
                 Kesihatan (KPK)  telah mengadakan
       Pmesyuarat  bersama  Pihak  Berkuasa
        Kawalan Dadah (DCA) pertama tahun 2019.
        DCA adalah jawatankuasa eksekutif yang terdiri
        daripada sebelas anggota yang dipengerusikan
        oleh  Ketua Pengarah  Kesihatan  bersama
        Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmaseutikal,
        Pengarah  NPCB  dan  lapan  anggota  lain  yang
        dilantik oleh Menteri Kesihatan yang mempunyai
        kepakaran dalam Sains Farmaseutikal. Objektif
        utama DCA adalah untuk memastikan bahawa
        farmaseutikal  yang  dipasarkan  di Malaysia
        adalah selamat, berkhasiat dan berkualiti
        untuk ubat tradisional,  produk kesihatan  dan
        penjagaan  diri adalah selamat dan berkualiti.
        DCA  ditubuhkan pada Jun 1985 dengan Biro
        Pengawalan        Farmaseutikal       Kebangsaan
        (NPCB) berkhidmat sebagai sekretariatnya
        selepas peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik
        1984 telah diwartakan pada bulan Jun 1984.







                                                                                          E-BULETIN KKM EDISi januari 2019   12
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20