Page 17 - Julai 2019
P. 17
Persidangan Perubatan Nuklear Kebangsaan 2019,
Port Dickson
ada 31 Julai 2019, YB Dr. Lee Boon
Chye, Timbalan Menteri Kesihatan telah
merasmikan Persidangan Perubatan
PNuklear Kebangsaan 2019 bertempat
di Hotel Avillion, Port Dickson. Turut hadir
bersama ialah YBrs. Dr. Ng Chen Siew, Ketua
Perkhidmatan Perubatan Nuklear Malaysia
dan YBrs. Dr. Siti Zarina Amir Hassan, Ketua
Jabatan Perubatan Nuklear, Hospital Kuala
Lumpur. Program tersebut merupakan anjuran
Jabatan Perubatan Nuklear, Hospital Kuala
Lumpur (HKL) dengan kerjasama Persatuan
Perubatan Nuklear Malaysia dan Pengimejan
Molekul (MSNMMI). Persidangan tahun ini
bertemakan “Masa Depan dan Hala Tuju
Perubatan Nuklear Pediatrik” dan diharapkan
akan memberi manfaat kepada masyarakat
perubatan nuklear tempatan dengan
penglibatan para penceramah antarabangsa
dan tempatan terkemuka dari pusat institusi
terkenal yang turut berkongsi pengetahuan
dan pengalaman untuk menggalakkan dan
meningkatkan perkhidmatan perubatan
nuklear pediatrik.
E-BULETIN KKM EDISi JUlai 2019 14