Page 18 - Julai 2019
P. 18
Program Run For Fit, Hospital Sik, Kedah
ada 27 Julai 2019, YB Datuk Seri Dr.
Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan
Malaysia telah merasmikan Program
P Run For Fit di perkarangan Hospital
Sik, Kedah. Dalam program tersebut beliau
juga turut mengambil kesempatan mengadakan
lawatan kerja ke Hospital Sik, Kedah selain
diberikan taklimat dengan melawat wad-wad dan
beramah mesra dengan warga kerja hospital.
Turut hadir sama YBhg. Dato’ Dr. Ismail bin
Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,
Pembangunan Luar Bandar, Agama & Syarikat
Berkaitan Kerajaan Negeri Kedah dan YBrs.
Dr. Anita binti Ahmat, Pengarah Hospital Sik.
Dalam pada itu, tujuan penganjuran program ini
diadakan bagi meningkatkan kesedaran orang
awam berkaitan kerintangan antibiotik dan
keperluan untuk menggunakan antibiotik secara
wajar serta program ini juga bertujuan untuk
memberi pendedahan dan kefahaman kepada
masyarakat tentang palliative care dan sebagai
medium untuk mengumpul dana bagi tabung
pesakit paliatif. Selain itu, program ini juga telah
menggabungkan aktiviti Program Marathon dan
Derma Darah yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti
Sik bagi membantu Hospital Sik mengumpul tabung
darah melalui booth derma darah yang disediakan
dengan mensasarkan seramai 300 orang penderma
darah.
15 E-BULETIN KKM EDISi JUlai 2019