Page 7 - Mac 2019
P. 7
MOH SPECIALIST CONFERENCE 2019
ada 4 Mac 2019 yang lalu, YBhg. Datuk Dr.
Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah
Kesihatan (KPK) telah menyampaikan
Pucaptama di MOH Specialist Conference
2019 yang bertemakan “Competency: What it
takes, how to make it better” di Hotel Seaview
Beach Resort, Penang. Program tersebut bertujuan
memastikan doktor mencapai set kemahiran serta
pengetahuan dan kecekapan yang diharapkan.
KPK menggariskan lima perkara berikut dalam
ucaptama beliau dalam menghasilkan doktor yang
berwibawa dan memastikan doktor junior bersedia
untuk memadankan visi. Antaranya, kurikulum dan
penandaarasan berasaskan hasil yang kompeten,
melatih jurulatih dan pembangunan profesional
berterusan, kemahiran berperikemanusiaan,
memperkasa dan melatih pegawai perubatan untuk
menjalankan perkhidmatan di hospital kluster dan
daerah serta merangkul kemajuan teknologi untuk
menjaga penjagaan kesihatan kepada masyarakat,
keluarga dan individu.
E-BULETIN KKM EDISi mac 2019 04