Page 9 - Mac 2019
P. 9
Majlis sambutan Hari Pembantu Perubatan
Peringkat Kebangsaan Tahun 2019
ada 10 Mac 2019, YB Dr. Lee Boon Chye,
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia telah
menghadiri Majlis sambutan Hari Pembantu
PPerubatan Peringkat Kebangsaan Tahun
2019 yang bertemakan ‘‘A Caring Profession,
Towards healthy community’’ di Dewan Seri
Perdana Institut Latihan Kementerian Kesihatan
Malaysia Sultan Azlan Aziz Shah Ulu Kinta, Perak.
Turut hadir bersama YBhg. Dato’ Dr. Chong Chee
Kheong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Awam.
Pemilihan tema ini mencerminkan kesungguhan
Penolong Pegawai Perubatan untuk meningkatkan
profesionalisma dan berkhidmat dengan penuh
dedikasi bagi memastikan kesejahteraan masyarakat.
Sambutan Hari Pembantu Perubatan adalah untuk
memberikan penghargaan atas jasa yang diberikan
oleh Penolong Pegawai Perubatan sebagai salah satu
profesion di barisan hadapan dalam perkhidmatan
kesihatan selain menuju ke transformasi kesihatan
nasional ke arah negara yang sihat sejahtera.
E-BULETIN KKM EDISi mac 2019 06