Page 12 - Mei 2019
P. 12

2  Asean Thalassaemia Forum 2019
                 nd



                   enteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri
                   Dr. Dzulkefly Ahmad telah merasmikan
                   2 ASEAN Thalassaemia Forum 2019
                     nd
       Msempena  Hari  Talasemia Sedunia
        2019 di Auditorium Perdana, Hospital Wanita dan
        Kanak-Kanak Kuala Lumpur,  pada 4 Mei 2019.
        Forum anjuran bersama Unit Paediatrik Hemato-
        Onkologi Wanita dan Kanak-kanak Hospital
        Kuala Lumpur dan Bahagian Pembangunan
        Kesihatan Keluarga KKM  ini telah mendapat
        kerjasama      daripada    Persatuan      Paediatrik
        Hematologi  dan  Onkologi  Malaysia  (MASPHO).
        Jumlah pesakit   Talasemia pada tahun 2004 di
        Malaysia dianggarkan  seramai 2,500 pesakit,
        berdasarkan  Malaysian  Thalassaemia  Registry
        dan jumlah pesakit mengalami  peningkatan
        kepada  8,042  orang  sehingga  Disember  2018.
        Manakala,   Pertambahan  pesakit  Talasemia
        bukan sahaja di Malaysia, malah juga di negara-
        negara di rantau Asean. Daripada jumlah tersebut,
        dianggarkan  seramai 5,448 pesakit berada di
        tahap teruk memerlukan  pemindahan  darah
        secara berkala yang dikenali sebagai Transfusion
        Dependent  Thalassaemia (TDT).  Justeru,  2
                                                           nd
        Asean  Thalassaemia  Forum yang  diadakan  di
        Kuala Lumpur yang menjadi penghubung dalam
        kalangan  pakar  klinikal  yang  terlibat  merawat
        pesakit  Talasemia  dengan  memfokus kepada
        mempelajari strategi terkini pencegahan, rawatan
        dan penyembuhan Talasemia.



















         09  E-BULETIN KKM EDISi mei 2019
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17