Page 17 - Mei 2019
P. 17

lawatan kerja yb timbalan menteri kesihatan



                                ke klinik kesihatan ampang





                 ada 30 Mei 2019 yang lalu,  YB
                 Dr. Lee Boon Chye,  Timbalan
                 Menteri Kesihatan Malaysia telah
       Pmengambil                kesempatan       untuk
        mencuba perkhidmatan Bas Selangorku
        yang bermula dari stesen Sri Nilam ke Klinik
        Kesihatan (KK)  Ampang untuk menyelami
        sendiri pengalaman dari sudut pesakit
        yang ingin mendapat rawatan di klinik
        kerajaan. Lawatan beliau diteruskan ke
        Klinik Kesihatan Ampang yang menyediakan
        rawatan kepada lebih 1500 pesakit setiap
        hari. Pada sesi petang, beliau menggunakan
        perkhidmatan bas Selangorku bermula dari
        Hentian  Kajang  ke  Hospital  Kajang  untuk
        mendapatkan gambaran keseluruhan pesakit
        yang menggunakan perkhidmatan bas
        awam untuk mendapat rawatan di Hospital
        Kajang. Secara keseluruhan, perkhidmatan
        bas  menyediakan  aksessibiliti  untuk  orang
        kurang upaya seperti ram dan kawasan
        khas untuk penggunaan kerusi roda. Beliau
        turut melawat tapak pembinaan Kompleks
        Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Kajang
        yang  terletak  kira-kira  800  meter  daripada
        Hospital  Kajang.  Hospital  baru  ini  dijangka
        akan dapat mengurangkan kesesakan di
        Hospital Kajang yang telah berusia lebih 130
        tahun.




                                                                                          E-BULETIN KKM EDISi mei 2019  14
   12   13   14   15   16   17   18   19   20