Page 12 - September 2019
P. 12

Larian “Stop The Stigma Run 2019”







                                                                          B Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad,
                                                                          Menteri     Kesihatan      Malaysia
                                                                          telah merasmikan  Larian  ‘Stop
                                                                YThe Stigma Run 2019’ sempena
                                                                sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia
                                                                2019  di Kompleks  Dewan  Undangan
                                                                Negeri Lama Sarawak di Kuching, Sarawak
                                                                pada 8 September 2019 yang lalu.
                                                                Kementerian  Kesihatan  Malaysia (KKM)
                                                                telah berganding  bahu dengan sokongan
                                                                Kementerian  Pendidikan  Malaysia  (KPM)
                                                                untuk     menjalankan       program-program
                                                                promosi kesihatan minda iaitu ‘Program
                                                                Minda Sihat Sekolah’ di peringkat sekolah.
                                                                Dalam program tersebut, pelbagai  acara
                                                                telah dilaksanakan termasuk kempen
                                                                promosi  kesihatan  mental, ujian  saringan
                                                                dan  rawatan  pada  peringkat  kesihatan
                                                                primer  serta program-program  bantuan
                                                                asas psikologi semasa krisis. YB Datuk Seri
                                                                Dr. Dzulkefly juga turut menyatakan dalam
                                                                perkhidmatan  rawatan  kesihatan  mental
                                                                juga ada disediakan di 61 hospital kerajaan
                                                                yang mempunyai khidmat kepakaran
                                                                psikiatri,  termasuk 4 Institusi Mental.
                                                                Perkhidmatan  rawatan  kesihatan  mental
                                                                turut disokong dan disediakan di klinik-klinik
                                                                kesihatan di seluruh  negara, termasuk
                                                                22 Pusat Kesihatan Mental Masyarakat
                                                                (MENTARI).



































          09 E-BULETIN KKM EDISi september 2019
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17