Page 8 - September 2019
P. 8

Program Pemeriksaan Mata sempena


         Kempen Eye Health Awareness Kebangsaan (NEHA)




































                  B  Datuk  Seri  Dr  Dzulkefly  Ahmad,
                  Menteri Kesihatan Malaysia telah
                  merasmikan  Program Pemeriksaan
        YMata sempena Kempen ‘Eye Health
        Awareness’ Kebangsaan  (NEHA) di Balai
        MPKK Pasir Tuntung Kuala Selangor di Kuala
        Selangor pada 7 September 2019. Kempen ini
        diadakan  bertujuan untuk membantu aktiviti
        pengesanan awal penyakit mata, mencegah
        kebutaan  dan memberikan  penglihatan
        yang  lebih  baik  kepada rakyat Malaysia.
        Sehingga kini, terdapat seramai 2,343 orang
        Optometris di sektor awam dan swasta yang
        berkhidmat di seluruh negara. Menurut  YB
        Datuk  Seri  Dr.  Dzulkefly  dalam  ucapannya
        menegaskan  bahawa  kempen NEHA 2019
        yang bertunjangkan kepada konsep ‘Primary
        Eye Care’ dan bertemakan  ‘Eyecare  for All’
        ini dijangkakan akan memberikan  manfaat
        kepada 300 orang rakyat dalam kategori B40
        di Kuala Selangor. Seramai 3,000 orang rakyat
        Malaysia dari kategori B40 di seluruh negara
        akan mendapat pemeriksaan mata oleh
        Optometrist  bertauliah  dan sebanyak 1,000
        pasang cermin mata akan diberikan  secara
        percuma kepada mereka yang memerlukan.









          05 E-BULETIN KKM EDISi september 2019
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13