Page 18 - September 2019
P. 18
13 Ministry of Health-Academy of Medicine Malaysia (MOH-AMM)
th
Scientific Meeting and the 21 NIH Scientific Seminar
st
B Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri
Kesihatan Malaysia telah merasmikan
Sambutan 20 Tahun Perkhidmatan
YPemindahan Sel Stem Darah dan Sambutan
“World Marrow Donor Day” di Hospital Ampang
Selangor pada 19 September 2019. Sambutan
ini bertujuan sebagai penghargaan kepada para
penderma yang mendermakan sel stem mereka
melalui sum sum tulang. Namun begitu, dunia semakin
maju, teknologi semakin canggih, pendermaan sel
stem boleh dibuat melalui darah, yang mana Hospital
di KKM juga mempunyai teknologi yang sama sejak
tahun 1999. Ini memudahkan pelbagai pihak dalam
proses pemindahan sel stem khasnya kepada
penderma. Menurut YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly, di
Malaysia terdapat beberapa hospital sahaja yang
dapat menjalankan rawatan pemindahan sel stem
untuk merawat penyakit-penyakit hematologi, sama
ada di sektor awam atau swasta. Tegas beliau, Hospital
Ampang adalah pusat yang terbesar yang menjalani
perkhidmatan ini, di mana sebanyak 60% daripada
pemindahan sel stem di seluruh negara dijalankan
disini. Manakala, perlaksanaan di hospital lain seperti
Hospital Pulau Pinang (sejak 2008), Hospital Sultanah
Aminah, Johor Bahru dan Hospital Queen Elizabeth,
Kota Kinabalu yang juga turut beroperasi dalam
memberikan perkhidmatan tersebut.
15 E-BULETIN KKM EDISi september 2019