Page 10 - Galeri Foto
P. 10

11 Jun 2019



                       Sesi Town Hall Menteri Kesihatan Bersama Pengamal Perubatan Am Swasta



  Program yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan amat baik dengan kehadiran lebih 800 pengamal perubatan am swasta dari seluruh negara. Antara
  isu utama yang dibincangkan ialah pindaan kenaikan yuran rundingan (consultation fees) atau dikenali Jadual 7.
  Dr Dzulkefly menjelaskan, KKM menyokong penuh cadangan kenaikan itu kerana 'outstanding' selama 27 tahun.
  Katanya, Kabinet juga tidak membantah tetapi meminta ia dibawa semula kepada Majlis Tindakan Kos Sara Negara untuk dbincangkan.
  Pengamal perubatan am swasta mengakui mereka menghadapi kesukaran untuk mengekalkan operasi dan terpaksa bergantung kepada caj ubat.
  Isu lain yang dibangkitkan ialah harga ubat yang tidak selaras dan mencadangkan KKM mempercepatkan kawalan harga di peringkat pembekal.
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15