Page 8 - Galeri Foto
P. 8
10 Jun 2019
Lawatan Kerja YB Menteri Kesihatan ke Penempatan Orang Asli Batek, Kuala Koh, Kelantan
Orang Asli Batek di Kuala Koh, Gua Musang kemungkinan besar dijangkiti penyakit Jangkitan Kuman di paru-paru atau Pneumonia.
Ini berdasarkan hampir kesemua mereka yang dirawat di fasiliti KKM menunjukkan gejala yang sama.
Seramai 99 orang asli dari kampung itu dirawat dan berdasarkan gejala dan cara jangkitan, mereka ini disyaki mendapat jangkitan kuman di paru-paru.
"Punca sebenar jangkitan ini berlaku akan diketahui dalam tempoh terdekat ini," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Dr Dzulkefly berkata, setakat ini KKM hanya mengesahkan 2 kematian disebabkan Pneumonia selepas bedah siasat dilakukan.