Page 48 - Galeri Foto
P. 48
23 Mac 2019:
Majlis Anugerah Malaysia Health and Wellness Brand Awards 2018
YB Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan telah melancarkan Majlis Anugerah Malaysia Health and Wellness Brand Awards 2018. Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Sin Chew Corporation telah menganjurkan Program Malaysia Health and Wellness Brand Awards semenjak
2017. Penganugerahan tersebut bukan sahaja memberi penghormatan kepada industri kesihatan tetapi juga untuk meningkatkan reputasi kepada mereka
yang terlibat secara langsung dalam penjagaan kesihatan dan kesejahteraan orang ramai. Pada majlis penganugerahan ini, terdapat sebanyak 97 pemenang
anugerah yang terdiri daripada 19 kategori.Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha KKM yang juga selaku ketua juri
untuk Program tersebut.