Page 52 - Galeri Foto
P. 52

23 Mac 2019:



                 Persidangan Persatuan Fisioterapi Kebangsaan dan Mesyuarat Agung Tahunan ke 56



  Ahli fisioterapi mempunyai peranan dalam menguruskan berkaitan Obesiti. Obesiti akan membawa masalah lain seperti kencing manis, kardiovaskular, strok
  dan kanser. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa senaman adalah salah satu daripada intervensi utama yang dapat membantu orang-orang
  mengurangkan risiko diabetes. Penyakit Tidak Berjangkit ini (NCD) dan faktor risiko mereka akan mengambil sebahagian besar daripada belanjawan KKM dan
  perlu ditangani dengan serius.
  Menyedari kepentingan itu, hari ini telah dilangsungkan Persidangan Persatuan Fisioterapi Kebangsaan dan Mesyuarat Agung Tahunan ke 56 disempurnakan
  perasmiannya oleh YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan Malaysia pada 23 Mac 2019 di Hotel Vistana Kuala Lumpur. Turut hadir ialah YBrs.
  Puan Che Ruhani binti Che Ja'afar, Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia.
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57