Page 109 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 109

SEMAKAN SEPARA PELAN TINDAKAN PEMAKANAN KEBANGSAAN MALAYSIA
               (NPANM) III, 2016-2025


               Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (National  Plan  of  Action  for
               Nutrition of Malaysia, NPANM) III, 2016-2025 akan memasuki tempoh separa penggal
               kedua. Setelah empat tahun pelaksanaan NPANM III, status pelaksanaan aktiviti yang
               dirangka, jurang serta cabaran yang telah dikenal pasti akan dinilai dan ditambah
               baik untuk pelaksanaan tempoh separa penggal kedua (2021-2025). Pada 22 hingga
               24 Oktober 2019 yang lalu, Mesyuarat Semakan Peringkat Dalaman Separa Penggal
               NPANM III, 2016-2025 telah diadakan sebagai persediaan dalam menetapkan prioriti
               serta merancang hala tuju strategik program dan inisiatif pemakanan bagi tempoh
               separa penggal kedua. Proses semakan pelan ini dijangka akan tamat pada November
               2020.


               SEMAKAN PARAS GARIS KEMISKINAN (PGK)

               Pada  tahun  2019,  pihak  Bahagian  Pemakanan  di  bawah  Kumpulan  Kerja  Sekuriti
               Makanan dan Pemakanan telah dilantik oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk
               mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal Semakan PGK bagi komponen ‘makanan’.
               Semakan PGK  ini  turut melibatkan Jabatan Perangkaan Malaysia  bagi komponen
               ‘bukan makanan’. Semakan ini dijalankan selari dengan usaha kerajaan memperbaiki
               Paras Garis Kemiskinan semasa bagi memastikan golongan miskin menerima bantuan-
               bantuan sosial yang sepatutnya.


               SURVELAN PEMAKANAN KEBANGSAAN

               Sistem Survelan Pemakanan Kebangsaan telah dilaksanakan sejak tahun 1989. Sistem
               ini memainkan peranan yang penting di mana indikator-indikator pemakanan yang
               dipantau daripada sistem tersebut bukan sahaja dapat digunakan untuk membuat
               keputusan  yang strategik dalam  perancangan tetapi  juga dalam  penilaian  dan
               penambahbaikan program pemakanan. Pengumpulan data pemakanan melibatkan
               pelbagai sumber termasuklah data pentadbiran di peringkat klinik, survei berkaitan
               pemakanan di peringkat populasi serta data dari jabatan atau agensi kerajaan yang
               berkaitan seperti Jabatan Perangkaan Malaysia.


               Pada tahun 2019, sistem e-Reporting HMIS Perkhidmatan Kesihatan Keluarga telah
               dinaik  taraf  kepada  versi  2.0  di  bawah  Projek  Malaysia  Health Data Warehouse
               (MyHDW). Pelaksanaan  menyeluruh  sistem  ini  di  semua klinik  kesihatan kerajaan
               adalah mulai tahun 2020. Sistem ini membolehkan parameter atau indikator taraf
               pemakanan melibatkan semua peringkat umur diperolehi secara real time monitoring.
               Ini secara tidak langsung dapat memperkukuhkan liputan survelan pemakanan dalam
               kalangan populasi rakyat Malaysia.

               Maklumat diperolehi  daripada  survelan Pemakanan tersebut digunakan bagi
               memantau  pencapaian  indikator-indikator  impak  di  peringkat  kebangsaan  seperti
               Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM 2016-2025) dan di peringkat
               antarabangsa seperti Global Nutrition Target 2025, Sustainable Development Goal
               dan Universal Health Coverage serta Maternal Infant and Young Child Health (MIYCN).



                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  99
   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114