Page 108 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 108

BAHAGIAN PEMAKANAN


            Bahagian  Pemakanan  berfungsi  untuk merancang,  membangun, melaksana,
            memantau dan  menilai  program-program pemakanan.  Bagi melaksanakan fungsi-
            fungsi  ini,  terdapat  tiga  cawangan  dibawah  Bahagian  Pemakanan  iaitu  Cawangan
            Perancangan dan Dasar Pemakanan, Cawangan Pemakanan Keluarga dan Cawangan
            Komuniti & Inter Agensi.

            CAWANGAN PERANCANGAN DAN DASAR PEMAKANAN

            SEMAKAN DASAR PEMAKANAN KEBANGSAAN MALAYSIA (DPKM)


                                       Dasar Pemakanan  Kebangsaan Malaysia telah dibentuk
                                       dan diluluskan oleh kabinet pada tahun  2003.  Selepas
                                       15 tahun, dasar ini perlu disemak semula dan dikemas
                                       kini  selari dengan perkembangan isu-isu  semasa
                                       berkaitan pemakanan, perubahan  corak pemakanan
                                       dan peningkatan beban penyakit terutamanya penyakit
                                       tidak  berjangkit  berkaitan  pemakanan  dalam  kalangan
                                       rakyat Malaysia.  Semakan  dasar ini  turut  mengambil
                                       kira hala tuju negara dan komitmen di peringkat global
                                       dan kebangsaan seperti Sustainable Development Goals
                                       (SDGs) 2015-2030, Global Nutrition Targets (GNTs) 2025
            dan Rancangan Malaysia ke-12. Semakan dasar ini telah dimulakan pada tahun 2018
            oleh  Kumpulan  Kerja  Teknikal  Dasar  Pemakanan  yang  terdiri  daripada  wakil-wakil
            kementerian, agensi, persatuan dan universiti. Dasar ini dijangka akan dilancarkan
            pada September  2020.  Seterusnya,  pelaksanaan Dasar  ini  diterjemahkan melalui
            Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) III, 2016-2025. Diharapkan
            dasar ini akan menjadi platform kepada kerjasama dan sinergi antara semua sektor
            kerajaan, swasta, pertubuhan serta agensi ke arah mempertingkatkan taraf kesihatan
            masyarakat melalui amalan pemakanan sihat.

            SEMAKAN MALAYSIAN DIETARY GUIDELINES  2010 (MDG)


            Garis Panduan  Pemakanan  Malaysia  merupakan  rujukan  utama pemakanan  yang
            diguna  pakai  oleh  profesioanal  kesihatan  untuk mendidik  masyarakat Malaysia
            mengenai  amalan  pemakanan  sihat.  Selari  dengan  sasaran  yang telah  ditetapkan
            dalam Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) III, dokumen ini
            perlu disemak setiap 10 tahun bagi memastikan ianya terus relevan dengan situasi
            pemakanan semasa penduduk serta mengambil kira penemuan saintifik pemakanan
            terkini. Pada 26 hingga 28 Ogos 2019 yang lalu, Mesyuarat Semakan Semula Garis
            Panduan  Pemakanan  Malaysia 2010  Siri  1 telah diadakan bagi menghasilkan draf
            pertama semakan  tersebut  yang  melibatkan  pakar-pakar pemakanan  di  seluruh
            negara.




        LAPORAN TAHUNAN
    98  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113