Page 166 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 166

(f)   Melakukan lawatan pemantauan bagi tujuan jaminan kualiti (Quality Assurance)
                  di KPJKS secara berkala;
            (g)   Mengemas  kini  dan  menganalisa  data  berkaitan  notifikasi-notifikasi  Incident
                  Reporting dan Assessable Death; dan
            (h)   Menyediakan draf arahan, perintah, garis panduan atau Standard Operating
                  Procedure (SOP) berhubungan dengan kualiti dan piawaian KPJKS.

            Tugas dan fungsi utama Unit Penguatkuasaan adalah menyelaras dan menjalankan
            aktiviti penguatkuasaan yang meliputi aktiviti risikan, serbuan dan siasatan.

            Tugas dan fungsi utama Unit Pendakwaan adalah:
            (a)   Menyemak kertas siasatan dan membantu Timbalan Pendakwaraya (TPR) dalam
                  sebutan kes serta persediaan kes-kes yang dibicarakan di mahkamah;
            (b)   Menyemak kertas siasatan dan mendapatkan izin kompaun daripada Timbalan
                  Pendakwaraya; dan
            (c)   Mencadangkan nilai  kompaun  untuk dipersetujui  oleh  Ketua Pengarah
                  Kesihatan.

            Pencapaian Sektor Penilaian Perkhidmatan
            Sepanjang 2019, CKAPS telah menerima sebanyak 516 aduan melibatkan KPJKS bawah
            Akta 586 seperti di Rajah 5.11.

                                                Rajah 5.11
              Jumlah Aduan Mengikut Kemudahan yang Dikawal selia Di Bawah Akta 586 Bagi
                                                Tahun 2019































                 Nota:  Tiada  aduan  yang  diterima  melibatkan  bank  darah    swasta,  kemudahan  gabungan  swasta,  hospital  psikiatri
                 swasta, hospis swasta dan bank darah swasta.
                 Sumber: Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, KKM



        LAPORAN TAHUNAN
    156  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171