Page 169 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 169

BAHAGIAN KEJURURAWATAN

               Bahagian Kejururawatan dibahagikan kepada dua (2) cawangan iaitu Cawangan Dasar
               & Amalan Kejururawatan dan Cawangan Regulatori. Cawangan-cawangan tersebut
               pula dibahagikan kepada enam (6) Sektor iaitu:

                 a.  Sektor Amalan (Hospital & Kesihatan Awam)
                 b.  Sektor Kualiti & Latihan
                 c.  Sektor Pendaftaran & Penguatkuasaan
                 d.  Sektor Standard & Akreditasi
                 e.  Sektor Pengurusan Korporat
                 f.  Sekretariat (Lembaga Jururawat Malaysia & Lembaga Bidan Malaysia)


               AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

               UNIT AMALAN KEJURURAWATAN (HOSPITAL & KESIHATAN AWAM)


               Unit ini menjalankan aktiviti lawatan penyeliaan dan pemantuan ke fasiliti hospital
               dan  kesihatan  awam  bagi  mengenal  pasti  tahap  penyampaian  perkhidmatan
               kejururawatan serta pematuhan kepada polisi, garis panduan dan Standard Operating
               Prosedure amalan kejururawatan.  Sebanyak 49 buah fasiliti telah dilawati iaitu 20
               hospital, dua (2) institut, satu (1) poliklinik, 19 Klinik Kesihatan (KK), empat (4) Klinik
               Desa  (KD)  dan  tiga  (3)  lawatan  ad-hoc. Unit ini  juga menganjur  dan  menyelaras
               seminar, latihan dan kursus.


                                                   Jadual 5.18
                                    Aktiviti Yang Dijalankan Pada Tahun 2019


                        Seminar/Latihan/
                Bil                               Tarikh                   Sasaran
                              Kursus
                 1.  Seminar Kesihatan         31 Julai 2019 Dihadiri  oleh  288  orang  jururawat
                     Mental Dalam Kalangan                    pelbagai katogeri dari seluruh
                     Jururawat                                negeri.
                 2.  Bengkel LEAN              17 hingga 19  Memurnikan       dan   menyiapkan
                     Healthcare                September      projek LEAN yang telah dikenal
                                               2019           pasti untuk dapat dijadikan model
                                                              atau  panduan  jururawat  dalam
                                                              pengurusan  pesakit di  hospital  –
                                                              hospital Kementerian Kesihatan
                                                              Malaysia.
                 3.  Mini Simposium dan        1 dan 2        Dihadiri  oleh 340 orang  Diabetes
                     Hari Penjagaan Kaki       Oktober        Nurse Educator termasuk AJK.
                     Pesakit Diabetes          2019

               Sumber: Bahagian Kejururawatan, KKM




                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  159
   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174