Page 213 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 213

ii.  Klinik Kesihatan Kompak Jenis Baru (Reka bentuk Kompak)
               SPFK, Bahagian  Perancangan  dengan  kerjasama JKR telah  mula  membangunkan
               Pelan Piawai untuk klinik kesihatan di kawasan /tanah terkurung. KK3 Gombak telah
               digunakan oleh JKR dalam membentangkan konsep awal untuk KK2 Compact yang
               pada 19 November 2019 kepada KKM (yang merangkumi Bahagian Pembangunan
               Kesihatan  Keluarga, Bahagian  Kejuruteraan  serta Bahagian  Pembangunan).
               Pembangunan  reka  bentuk  terperinci  akan  mengikutinya  dan  dijangka  siap  untuk
               digunakan untuk RMK-12 (2021).


               ii.  Hospital 76-katil (Bukan Pakar)
               Pada  tahun  2019,  terdapat beberapa  peningkatan  dalam  reka bentuk hospital  76
               katil pertama iaitu Hospital Parit Buntar yang dijalankan berdasarkan pelaksanaan
               reka bentuk di tapak. Reka bentuk hospital telah diluluskan oleh KKM dan JKR untuk
               dijadikan sebagai pelan piawaian bagi pembangunan projek baru Hospital 76-katil.
               Pelan  piawai  yang  ditambah  baik  kini  sedang  dilaksanakan  untuk  pembangunan
               Hospital Seri Iskandar, Perak (Rajah 6.3).

                                                    Rajah 6.3
                                         Ilustrasi Artis Hospital 76 Katil

















                               Pelan Piawai                             Paparan Depan
                                           Sumber: Seksyen Perancangan Fasiliti Kesihatan, Bahagian Perancangan, Kkm

               HALA TUJU


               Memandangkan semakin banyak keperluan projek kemudahan kesihatan yang akan
               dibina pada masa akan datang, SPFK menyedari akan keperluan untuk mempercepatkan
               peringkat perancangan pra-pembinaan. Oleh itu, Bahagian Perancangan dan Jabatan
               Kerja Raya akan sentiasa berusaha untuk membuat strategi bagi mengurangkan masa
               pelaksanaan projek.












                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  203
   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217   218