Page 210 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 210

Sidang media Persidangan SNOMED CT Business   367 orang peserta terdiri daripada luar dan dalam
                        Meeting & Expo KL 2019                        negara

















                    Boot Pameran KKM bersama MIMOS          Tetamu khas bersama barisan AJK
                                    Sumber: Pusat Informatik Kesihatan, Bahagian Perancangan, KKM

            SEKSYEN PERANCANGAN FASILITI KESIHATAN (UPFK)


            Hospital dan klinik kesihatan memainkan peranan penting dalam sistem penyampaian
            perkhidmatan kesihatan di seluruh negara termasuk Malaysia. Kementerian Kesihatan
            Malaysia  sentiasa  berusaha  untuk  menambah  baik  perancangan  dan  pengurusan
            hospital di peringkat kemudahan dan sistem kesihatan. Oleh itu, Seksyen Perancangan
            Fasiliti  Kesihatan  di  Bahagian  Perancangan,  Kementerian  Kesihatan  Malaysia
            (KKM)  bertanggungjawab  memberikan  input  kepada  perancangan  pembangunan
            kemudahan kesihatan di KKM untuk mencapai persekitaran dan peralatan yang sesuai
            yang  diperlukan  untuk  perkhidmatan  penjagaan  kesihatan  serta  aktiviti  berkaitan
            kesihatan.  Ini  termasuklah  pengenalpastian  dan  pemilihan  projek  (perancangan
            makro)  yang  diusahakan  bersama-sama dengan  Bahagian  Pembangunan  serta
            menyediakan  input  perancangan  perubatan  di  pelbagai  peringkat pembangunan
            reka bentuk kemudahan kesihatan. Di samping itu, seksyen ini juga bertujuan untuk
            meningkatkan  akses kepada  perkhidmatan  penjagaan  kesihatan  selari  dengan
            keperluan penduduk Malaysia dan akhirnya menyediakan perkhidmatan penjagaan
            kesihatan yang lebih baik dari segi kualiti dan keselamatan untuk pesakit dan pekerja
            penjagaan kesihatan. Pada tahun 2019, RM 2.18 bilion telah diperuntukkan kepada
            Kementerian Kesihatan untuk pembangunan 367 projek di mana 23 daripada projek
            tersebut adalah bilangan projek baru manakala 344 projek yang komited.





        LAPORAN TAHUNAN
    200  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   205   206   207   208   209   210   211   212   213   214   215