Page 219 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 219

v.  Sokongan kejuruteraan untuk penyelengaraan yang betul untuk fasiliti penjagaan
                   kesihatan  bagi  memastikan  kebolehpercayaan  dan  keberkesanan  pemasangan
                   fasiliti
               vi.  Pelaksanaan  projek  baru  atau  menaik  taraf  fasiliti  kesihatan  dan  penggantian
                   sistem kejuruteraan di fasiliti kesihatan.


               IMPLEMENTASI PROJEK

               Pada tahun 2019, Kementerian Kesihatan menerusi BPKj telah menguruskan pelbagai
               projek fizikal di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (projek sambungan) dan Rancangan
               Malaysia Ke-11 (RMK-10 dan RMK-11). Projek-projek yang dilaksanakan melibatkan
               pembinaan  fasiliti  baru  (hospital,  klinik  dan  kuarters),  menaik  taraf  hospital  dan
               klinik, mengubah suai dan membaik pulih bangunan hospital, serta menaik taraf dan
               penggantian sistem kejuruteraan dalam fasiliti kesihatan.


               Sehingga tahun 2019, jumlah projek yang dilaksanakan oleh BPKj adalah 223 termasuk
               21 projek baharu yang diterima pada tahun 2019. 145 daripada jumlah projek tersebut
               telah disiapkan sama  ada dalam fasa Tempoh Tanggungan Kecacatan atau Akaun
               Muktamad di mana 9 daripadanya telah disiapkan dalam tahun 2019 manakala 29
               projek masih dalam peringkat pembinaan dan baki 49 projek adalah dalam peringkat
               perancangan.

               BPKj juga menguruskan projek khas dan kompleks iaitu pembinaan Klinik Kesihatan
               Kuala Lumpur (KKKL) yang telah siap, Institut Kesihatan Negara (NIH) serta Kuarters
               untuk Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) dan Projek Anjung Kasih Hospital Kuala
               Lumpur. Jadual 6.3 menunjukkan butiran keseluruhan projek yang dilaksanakan.

               Dalam melaksanakan projek-projek di atas, BPKj turut mengawal selia 209 syarikat
               perunding daripada pelbagai disiplin iaitu arkitek, kejuruteraan awam dan struktur,
               kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektrik dan juruukur bahan. Syarikat perunding
               ini  telah  dilantik  untuk  mereka  bentuk  dan  melaksanakan  pemantauan  terhadap
               projek. Dari segi peruntukan, jumlah  yang telah dibelanjakan oleh  BPKj  dalam
               menguruskan keseluruhan projek adalah sebanyak RM2.721 bilion di bawah RMK-10
               dan RMK-11.




















                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  209
   214   215   216   217   218   219   220   221   222   223   224