Page 222 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 222

PEMANTAUAN PERKHIDMATAN SOKONGAN HOSPITAL (PSH)

            Cadangan  untuk  menswastakan  perkhidmatan  sokongan  hospital  Kementerian
            Kesihatan  Malaysia  (KKM) bermula pada  tahun  1996 semasa pihak  Kerajaan
            membentangkan  Rancangan  Malaysia  Ketujuh  (RMK7)  bagi  mempertingkatkan
            kecekapan PSH. PSH terdiri daripada lima (5) servis iaitu:


              Perkhidmatan              Pihak Syarikat dikehendaki untuk mengendalikan
              Pengurusan                dan  menyelenggara semua loji  dan  sistem yang
              Kejuruteraan Fasiliti     dipasang, menyelenggara semua aset (bukan peralatan
              (FEMS)                    biomedikal),  termasuk  menjalankan  aktiviti  kawalan
                                        serangga dan menyelenggara tanah dan lanskap.

              Perkhidmatan              bertujuan  untuk  memastikan  peralatan  biomedikal
              Pengurusan                tersedia, selamat,  dan  upaya untuk digunakan pada
              Kejuruteraan              bila-bila masa
              Biomedikal (BEMS)

              Perkhidmatan              Perkhidmatan  adalah  meliputi  mengawal  selia
              Pengurusan Sisa           pengumpulan,  penyimpanan,  pengangkutan,  rawatan
              Kesihatan (HWMS)          dan pelupusan  Sisa  Klinikal yang dihasilkan oleh
                                        Hospital Kontrak

              Perkhidmatan              Menyediakan  Perkhidmatan Pembersihan  (CLS)  dan
              Pembersihan (CLS)         dikehendaki untuk membangunkan program yang
                                        sesuai mengikut standard industri, yang bukan sahaja
                                        perlu mematuhi peraturan dan garis panduan Kerajaan,
                                        tetapi juga perlu mengikut prosedur yang betul untuk
                                        menjalankan aktiviti pembersihan.

              Perkhidmatan Linen dan  Program  yang  dibangunkan untuk  penghantaran
              Dobi (LLS)                linen  bersih  yang mencukupi  ke  Hospital Kontrak
                                        dan pengangkutan linen kotor, yang akan diproses di
                                        Laundry Facility milik Syarikat Konsesi.


            Menjelang  2019,  bilangan  hospital  dan  institusi  kontrak  yang  mempunyai  PSH
            meningkat kepada 148 daripada 127 hospital dan institusi pada tahun 1997 (tahun
            pelaksanaan). Statistik terdahulu (1997 hingga 2018) bilangan hospital dan institusi
            oleh syarikat konsesi ditunjukkan dalam Jadual 6.4.  Sementara Jadual 6.5 menunjukkan
            statistik terkini hospital dan institusi nombor berdasarkan kontrak baru. Jadual 6.6
            menunjukkan perbandingan nombor aset HSS antara 1997, 2016 hingga 2019.











        LAPORAN TAHUNAN
    212  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   217   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227