Page 230 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 230

Pelaksanaan  projek  pembekalan,  naik  taraf  dan  penggantian  peralatan  perubatan
            untuk fasiliti KKM yang dilaksanakan oleh seksyen ini melibatkan aktiviti penyediaan
            spesifikasi  teknikal  serta  mengawal  selia  dan  menyelaras  pelaksanaan  kerja-kerja
            tapak. Senarai projek-projek perolehan peralatan perubatan bagi fasiliti-fasiliti KKM
            yang telah dilaksanakan oleh seksyen ini pada tahun 2019 adalah seperti Jadual 6.13.

                                                Jadual 6.13
              Senarai Projek Perolehan Peralatan Perubatan bagi Seksyen Operasi Biomedikal



                                                                                        Kos
                                   Peralatan           Kos Peralatan   Kos Kerja
           Bil.  Jenis Projek                    Bil.                               Keseluruhan
                                  Perubatan                (RM)       Tapak (RM)
                                                                                        (RM)
                Perkhidmatan
           1.   Secara            CT Scanner       8     20,190,000*    3,655,400   23,845,400**
                Sewaan

                Perkhidmatan
           2.   Secara           General X-Ray    20     11,100,000*    5,958,261   17,058,261**
                Sewaan

                Pembekalan &
           3.                   Angio Bi-Plane     1      4,840,000       650,000    5,490,000
                pemasangan

                                Extracorporeal
                Pembekalan &
           4.                     Shack Wave       2      5,597,776       527,420    6,125,196
                pemasangan
                                  Lithotripsy

                Pembekalan &    Full Field Digital
           5.                                      2      3,640,000       540,000    4,180,000
                pemasangan      Mammography
            Nota: *: kos sewa untuk lima (5) tahun. **: kos keseluruhan untuk lima (5) tahun.
            Sumber: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM

            Selaras  dengan  keperluan  kontrak  dan  Akta  Peranti  Perubatan  2012,  seksyen  ini
            turut mengeluarkan Handbook on Competency in Biomedical Engineering Services
            (BEMS)  untuk diguna pakai  bagi  semua personel  teknikal yang terlibat dengan
            aktiviti  penyelenggaran  BEMS  bagi  kontrak  PSH,  MEET  serta  kontrak-kontrak  lain
            di  fasiliti-fasiliti  KKM.  Kandungan handbook ini  antaranya menjelaskan keperluan
            kelayakan, pengalaman dan sijil yang perlu ada bagi setiap individu yang menjalankan
            penyelenggaran bagi semua peralatan perubatan di fasiliti KKM. Selain itu, satu garis
            panduan pengujian dan pentauliahan bagi peralatan perubatan di fasiliti KKM turut
            dikeluarkan pada tahun 2019.










        LAPORAN TAHUNAN
    220  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   225   226   227   228   229   230   231   232   233   234   235