Page 231 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 231

SEKSYEN KAWALAN ALAM SEKITAR

               BEKALAN AIR DAN KEBERSIHAN ALAM SEKELILING (BAKAS)
               BAKAS merupakan program yang paling sulung di Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
               di mana ianya mengamalkan prinsip teknologi mudah dan kos rendah dalam aspek
               rekabentuk, pembinaan dan penyelenggaraan sistem bekalan air alternatif dan sistem
               sanitasi di kawasan luar bandar. Sistem-sistem bekalan air yang disediakan hendaklah
               dapat  membekalkan  kuantiti  air  yang  mencukupi  untuk  memenuhi  keperluan
               penduduk luar bandar dan sistem-sistem sanitasi asas yang disediakan hendaklah
               berfungsi dengan baik agar keperluan kesihatan asas dan kebersihan diri penduduk
               luar  bandar  boleh  diamalkan dengan kos  yang minimum.  Walau  bagaimanapun,
               penduduk  adalah  dinasihatkan  untuk memasak  air sebelum  diminum  dan  untuk
               penyediaan makanan.


               Pembangunan Program Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS) adalah
               berdasarkan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia. Jenis kemudahan asas
               yang disediakan di bawah program ini di kawasan luar bandar termasuk sistem bekalan
               air bersih seperti sistem paip graviti, telaga terkawal dengan atau tanpa sambungan
               ke rumah, sistem tadahan air hujan, sambungan ke paip pihak berkuasa air (sekiranya
               ada). Bagi kemudahan sanitasi asas pula, ianya melibatkan tandas sanitari, sistem
               pengurusan sisa pepejal dan sistem pelupusan air limbah.

               Pada  tahun  2019,  sejumlah  276 sistem bekalan  air telah  dibina  membekalkan  air
               bersih kepada 2,926 rumah. Manakala bagi kemudahan sanitasi sebanyak 577 buah
               rumah  telah  disediakan  tandas  sanitari, 358 buah  rumah  telah  disediakan  sistem
               pengurusan sisa pepejal dan 301 buah rumah telah disediakan sistem pelupusan air
               limbah.

               PROGRAM KAWALAN MUTU AIR MINUM (KMAM)
               Bekalan  air  minum  dipantau  melalui  Program  Kawalan  Mutu  Air  Minum  (KMAM)
               yang telah dimulakan pada tahun  1983  oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
               (KKM). Program ini  telah  dilaksanakan  sepenuhnya di  seluruh  negara melalui
               kerjasama pentadbiran dengan pihak berkepentingan yang terlibat iaitu Suruhanjaya
               Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Industri Air, Jabatan Kimia Malaysia dan Jabatan
               Alam Sekitar.


               Objektif  utama  KMAM  adalah  untuk  meningkatkan  standard  kesihatan  awam
               dengan  memastikan  keselamatan  dan  penerimaan  air  minuman  yang  disediakan
               kepada pengguna dengan mengurangkan kejadian penyakit bawaan air atau lain-lain
               kesan yang berkaitan dengan kelemahan kepada bekalan air awam melalui aktiviti









                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  221
   226   227   228   229   230   231   232   233   234   235   236