Page 347 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 347

Sehingga hujung tahun 2019, sebanyak 2,074 kursus berkaitan budaya korporat yang
               melibatkan 82,614 peserta telah dilaksanakan oleh semua JKN. Sebanyak 12 poster
               Budaya  Korporat  dan  pengumuman  awam  dibuat  melalui  portal  KKM  dan  media
               sosial sepanjang tahun. Antara tema yang dipromosikan dalam poster bulanan adalah
               Kejujuran, Kerja Berpasukan, Imej Korporat dan Pemikiran Strategik.

               SESI  TOWN HALL YB  MENTERI  KESIHATAN BERSAMA INDUSTRI
               KESIHATAN

               Pada tahun 2019, BDHA telah telah bekerjasama bersama Program Perkhidmatan
               Farmasi dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan telah menjayakan tiga (3) sesi Town
               Hall YB Menteri Kesihatan bersama Industri Kesihatan sebagai satu platform untuk
               mendengar dan memahami isu serta cabaran yang dihadapi oleh pihak-pihak industri.
               Senarai Sesi Town Hall yang telah diadakan adalah seperti berikut:

               i.    Sesi Town Hall YB Menteri Kesihatan bersama Industri Farmaseutikal, 2 April
                     2019;
               ii.   Sesi  Town  Hall YB Menteri Kesihatan bersama Persatuan-Persatuan  Farmasi
                     Komuniti, 8 Ogos 2019; dan
               iii.   Sesi Town Hall YB Menteri Kesihatan bersama Industri Peranti Perubatan, 16
                     Oktober 2019.


                                                    Imej 16.3
                        Sesi Town Hall YB Menteri Kesihatan Bersama Industri Kesihatan

















                                     Sumber: Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, KKM

               INTERNATIONAL SOURCING PROGRAM 2019


               Bahagian ini telah mengadakan International Sourcing Program (INSP) bersempena
               27 APHM  International  Healthcare  Conference  and  Exhibition  2019 di  Pusat
                  th
               Konvensyen Kuala Lumpur dari 29 hingga 31 Julai 2019. Program ini merupakan satu
               kolaborasi bersama Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE)
               untuk  memadankan  syarikat  farmaseutikal  dan  peranti  perubatan  tempatan
               dengan pembeli dari luar negara sebagai satu usaha bersama Kementerian untuk
               mengembangkan industri kesihatan tempatan.






                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  337
   342   343   344   345   346   347   348   349   350   351   352