Page 348 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 348

Imej 16.4
                               International Sourcing Program 2019 di KLCC

















                                  Sumber: Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, KKM

            KERJASAMA ANTARABANGSA


            BDHA berperanan sebagai focal point Kementerian dalam mengenal pasti peluang
            kerjasama  serantau dalam sektor kesihatan melalui penyelarasan Memorandum
            Persefahaman, Memorandum  Kerjasama  dan  perjanjian  serta khidmat nasihat
            penyertaan mesyuarat, forum dan persidangan di peringkat antarabangsa.


            MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

            Pada tahun  2019,  terdapat dua (2) Memorandum  Persefahaman telah dimeterai
            di  antara Kementerian Kesihatan dan  negara-negara yang terlibat. Memorandum
            Persefahaman tersebut adalah:

            i.    Memorandum Persefahaman di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik
                  Filipina dalam Bidang Kesihatan; dan
            ii.   Memorandum  Persefahaman di  antara Kerajaan Malaysia dan  Kementerian
                  Kesihatan dan Kebajikan Republik Korea berhubung kerjasama dalam bidang
                  Penjagaan Kesihatan dan Sains Perubatan.

























        LAPORAN TAHUNAN
    338  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   343   344   345   346   347   348   349   350   351   352   353