Page 6 - Petunjuk Kesihatan 2021
P. 6

PENDAHULUAN: PETUNJUK BAGI PEMANTAUAN DAN

             PENILAIAN STRATEGI HEALTH FOR ALL (HFA)



            STRATEGI SEDUNIA


            Edisi Petunjuk Bagi Pemantauan dan Penilaian Strategi Health For All ini merupakan edisi yang ke-37 sejak Rangka
            Umum yang pertama bagi penilaian digunakan dalam tahun 1985. Sehingga kini, senarai petunjuk global tidak
            berubah. Petunjuk ini adalah penting bagi negara-negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menilai
            strategi nasional masing-masing ke arah matlamat-matlamat HFA.


            Berdasarkan kepada hasil dari pengawasan dan penilaian yang dijalankan secara bergilir-gilir oleh negara-negara
            anggota dan enam pusat penyelarasan kawasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Lembaga Eksekutif Pertubuhan
            Kesihatan Sedunia dan Persidangan Kesihatan Sedunia dapat menilai strategi HFA untuk seluruh dunia. Dengan
            pengawasan dan penilaian secara global, petunjuk dapat diubahsuai bagi memastikan kesesuaiannya untuk negara-
            negara anggota. Dalam usaha pengubahsuaian ini, senarai tersebut dapat ditambahkan dengan petunjuk kecil dan
            petunjuk tambahan bagi memudahkan lagi kerja pengawasan dan penilaian.


            PETUNJUK BAGI PENGAWASAN DAN PENILAIAN STRATEGI SEDUNIA


            Pengawasan dengan menggunakan Rangka Umum pengawasan (Common Framework for Monitoring, (CFM))
            telah dijalankan dalam tahun 1982 diikuti dengan Rangka Umum pernilaian (Common Framework for Evaluation
            (CFE)) dalam tahun 1985. Pengawasan kedua dijalankan pada tahun 1988, juga diikuti dengan penilaian dalam 1991.
            Pengawasan kali ketiga telah dijalankan pada tahun 1994 dan diikuti dengan penilaian dalam tahun 1997.






               PETUNJUK KESIHATAN                                         6                                                                                                                                                                                           PETUNJUK KESIHATAN
               HEALTH INDICATORS                                                                                                                                                                                                                                        HEALTH INDICATORS
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11