Page 4 - Disember 2018
P. 4

The Malaysian AIDS Foundation


        Tun Dr. Siti Hasmah Award Gala Dinner




                 B Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad Menteri
                 Kesihatan Malaysia telah hadir dan
                 menyampaikan ucapan sempena  “The
        YMalaysian  AIDS Foundation Tun Dr. Siti
        Hasmah  Award  Gala  Dinner”  pada  16  Disember
        2018 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.  Turut hadir
        ialah  YB Dr. Lee Boon Chye,  Timbalan Menteri
        Kesihatan Malaysia (YBTMK) dan YBhg. Datuk Dr.
        Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan
        Malaysia (KPK).  YABhg.  Tun Dr. Hasmah Mohd
        Ali telah menyempurnakan acara penyampaian
        anugerah kepada Matron Fadzilah  Abdul Hamid
        bekas jururawat yang bertugas selama 30 tahun
        kerana mencurahkan jasa dan bakti dengan
        membuka sebuah rumah perlindungan di atas tanah
        sendiri yang diusahakan selama lebih dua dekad.
        Ini membantu lebih daripada 400 orang wanita dan
        kanak-kanak positif HIV ketika golongan ini sering
        diabai serta disisihkan keluarga dan masyarakat.
        Lebih 500 hadirin yang hadir adalah tokoh-tokoh
        korporat, tokoh industri tempatan dan aktivis.



























         01  E-BULETIN KKM EDISi DISEMBER 2018
   1   2   3   4   5   6   7   8   9