Page 5 - Disember 2018
P. 5

Majlis Sambutan Hari AIDS Sedunia

         Peringkat Kebangsaan 2018




                  B Dr. Lee Boon Chye,  Timbalan  Menteri Kesihatan
                  Malaysia    (YBTMK)      telah    menyempurnakan        Majlis
                  Sambutan Hari  AIDS Sedunia  Peringkat Kebangsaan
        Y2018 bertempat di Warehouse@Kilang  Bateri,  Johor
        Bahru pada 2 Disember 2018.  Tema bagi sambutan Hari  AIDS
        Sedunia tahun ini ialah “Ketahui Status, Dapatkan Rawatan” dalam
        usaha negara mencapai matlamat mengakhiri  AIDS pada 2030.
























        Terdahulu,  pada  8 Oktober 2018, Malaysia  telah melakar  sejarah  sebagai  negara  pertama di
        rantau Asia Pasifik Barat dan negara ke-12 di dunia yang telah berjaya memperolehi pensijilan
        validasi eliminasi jangkitan HIV dan sifilis dari ibu-ke-anak. Pengiktirafan ini menandakan negara
        telah mencapai  satu tahap kesihatan yang amat membanggakan  di mana jangkitan  HIV dan
        sifilis  dari  ibu-ke-anak  tidak  lagi  menjadi  ancaman  kesihatan  awam  yang  utama.  Kementerian
        Kesihatan (KKM) melalui  kerjasama pintar dengan masyarakat sivil telah melaksanakan
        pelbagai  inisiatif dimana ujian saringan HIV boleh dilaksanakan  di semua klinik kesihatan.






                                                                                          E-BULETIN KKM EDISi DISEMBER 2018   02
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10