Page 18 - e-Buletin November 2018
P. 18

lawatan kerja ketua setiausaha ke tapak projek


                klinik kesihatan  jenis 3 di kuala terengganu





               awatan  kerja  YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen
               Chaw Min, Ketua Setiausaha Kementerian
               Kesihatan Malaysia (KSU)  ke  tapak
       Lprojek Klinik Kesihatan Jenis 3 (KK3)
        dan ke Kuarters Manir, Kuala Terengganu  telah
        diteruskan di sesi kedua pada  13 November 2018,
        yang mana projek ini telah dibangunkan dengan
        kos sebanyak RM19.7 juta dan dijangkakan siap
        pada akhir tahun 2018. Walau bagaimanapun,
        YBhg Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min telah
        dimaklumkan bahawa projek ini juga tidak dapat
        disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan dan
        pihak kontraktor telah mengemukakan pelanjutan
        tempoh masa untuk pertimbangan dan kelulusan.
        Sehingga  kini,  kemajuan  fizikal  projek  telah
        mencapai  74%  tetapi lewat jadual  sebanyak  20
        peratus daripada jadual dirancang. Antara faktor
        menyumbang  kepada  kelewatan  pelaksanaan
        projek  termasuk kesukaran  pihak  kontraktor
        mendapatkan pekerja dan sub kontraktor dilantik
        tidak menunjukkan prestasi yang baik.


















  15   E-BULETIN KKM EDISi NOVEMBER 2018
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23