Page 20 - e-Buletin November 2018
P. 20
Perasmian hospital pakar pkj selangor
ultan Selangor, Sultan Sharafuddin
Idris Shah al-Haj Ibni Almarhum Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah al-Haj
Sberkenan mencemar duli Hospital Pakar
PKJ Selangor pada 22 November 2018. Turut
berangkat ke majlis perasmian berkenaan adalah
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri
Norashikin. Baginda kemudian berkenan melawat
lobi hospital dan pusat sehenti pesakit luar di
bangunan baharu lapan tingkat itu serta melihat
pameran mengenai KPJ Selangor. Turut hadir
bersama ialah YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad,
Menteri Kesihatan Malaysia (YBMK). Terdahulu
dalam ucapan pada majlis perasmian itu, Presiden
dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad Datuk
Amiruddin Abdul Satar menyatakan bangunan
baharu yang menelan kos RM55 juta berkenaan
dilihat mampu memberi keselesaan kepada pesakit
serta pengunjung.
17 E-BULETIN KKM EDISi NOVEMBER 2018