Page 23 - e-Buletin November 2018
P. 23

LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KE


                       HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN, IPOH, PERAK







                  Bhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw  Min,
                  Ketua      Setiausaha      Kementerian
                  Kesihatan Malaysia (KSU) telah
        Ymengadakan                Lawatan     Kerja    ke
        Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh
        untuk melihat status kemajuan pembinaan Blok
        Wanita dan Kanak-Kanak serta Pusat Kardiologi
        HRPB pada 16 November 2018. Dalam lawatan
        tersebut, YBhg Dato’ Seri Dr. telah dimaklumkan
        bahawa,  sehingga  kini kemajuan  projek  ini
        telah mencatat sebanyak 97% dan beliau amat
        berharap agar projek ini dapat disiapkan dalam
        masa yang ditetapkan. Seterusnya,beliau
        juga  berkesempatan  untuk beramah  mesra
        bersama warga Jabatan Ortopedik, HRPB dan
        kemudiannya  ke Jabatan  Dietetik  & Sajian
        dengan  mengadakan lawatan ke kantin yang
        baru di  naik  taraf  dengan ruang makan yang
        lebih selesa dan pelbagai  pilihan menu untuk
        kemudahan  warga  Kesihatan HRPB dan juga
        pelawat. Lawatan  ini juga disertai oleh  YBhg.
        Dato’ Dr. Ding  Lay Ming, Pengarah  Jabatan
        Kesihatan Negeri Perak, YBrs. Dr. Teo Gim San,
        Pengarah  HRPB dan  YBrs.  Tuan  Haji  Muaz
        Zawawi,  Timbalan  Pengarah (Pengurusan)
        Negeri Perak.









                                                                                               E-BULETIN KKM EDISi NOVEMBER 2018   20
   18   19   20   21   22   23   24