Page 11 - Februari 2019
P. 11
LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH KESIHATAN
KE HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM, KEDAH
Bhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah,
Ketua Pengarah Kesihatan telah
membuat lawatan dan sesi roadshow
Yke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai
Petani pada 24 Februari 2019. Turut hadir adalah
YB Dato’ Dr.Ismail bin Salleh, Exco Kesihatan
Negeri Kedah. Sesi roadshow tersebut bertujuan
untuk memberi taklimat bagi Skim Peduli
Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PekaB40)
kepada kakitangan Kementerian Kesihatan
Malaysia dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
serta Pejabat Kesihatan Daerah/Hospital dan
Klinik Kesihatan. Inisiatif B40 adalah penting
terutama bagi Negeri Kedah kerana Kedah
mempunyai jumlah penduduk yang menghidap
penyakit tidak berjangkit (NCD) antara yang
tertinggi di Malaysia. Sesi-sesi engagement
yang sama juga sedang dilaksanakan di
seluruh negara bagi memberi penerangan dan
mendapatkan maklumbalas bagi memastikan
program ini dapat dilaksanakan dengan baik.
E-BULETIN KKM EDISi februari 2019 08