Page 12 - Februari 2019
P. 12
Kunjungan Mesra ke B Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad,
Menteri Kesihatan telah mengambil
kesempatan sempena cuti umum
Hospital Ampang, Selangor Y Tahun Baru Cina untuk berkunjung
Sempena Sambutan Tahun ke Hospital Ampang. Peluang ini digunakan
untuk menyantuni para pesakit dan kakitangan
Baru Cina khususnya masyarakat Tionghua yang terpaksa
menyambut Tahun Baru Cina di hospital
tersebut. Selain beramah mesra dengan pesakit
dan kakitangan hospital berkenaan, YB Datuk
Seri Dr. juga turut mengambil peluang ini
dengan melihat sendiri kemudahan dan fasiliti
perkhidmatan kesihatan sedia ada, selain
mendapatkan informasi serta maklum balas
daripada pengurusan hospital berkenaan. Di
sidang media yang diadakan sempena lawatan
berkenaan, YB Datuk Seri juga turut berkongsi
fakta berkenaan kanser sempena sambutan
Hari Kanser Sedunia yang disambut pada 4
Februari yang lalu. Antaranya adalah kajian
yang menunjukkan peningkatan insidens 6
daripada 12 kanser berkaitan kegemukan di
kalangan generasi millenials, dan kepentingan
untuk masyarakat mementingkan penjagaan
kesihatan dan mengenalpasti kanser di peringkat
awal. Hospital Ampang juga merupakan pusat
rujukan untuk kes-kes hematologi, di mana
statistik menunjukkan ‘lymphoma’ dan ‘leukemia’
sebagai kanser yang paling kerap berlaku di
dalam disiplin tersebut.
09 E-BULETIN KKM EDISi februari 2019