Page 21 - E buletin Oktober 2019
P. 21
Perasmian KL Pink October Walk 2019
Bhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua
Pengarah Kesihatan (KPK) telah mengiringi
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
YRaja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah
Aminah Maimunah Iskandariah yang telah berkenan
mencemar duli melepaskan peserta dan menyertai
‘KL Pink October Walk 2019’ di Kuala Lumpur.
Program tersebut merupakan sebahagian daripada
aktiviti Kempen Kesedaran Kanser Payudara
Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
juga menyampaikan sumbangan serta meluangkan
masa bersama para pesakit di Wad Radioterapi dan
Onkologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL). Program
tersebut bertujuan mengumpulkan sumbangan untuk
membantu memberi kesedaran kepada semua wanita
di Kuala Lumpur melalui KL Pink Project. Kempen
ini juga membantu para pesakit kanser yang tidak
berkemampuan dalam meneruskan rawatan mereka
di HKL sama ada melalui sumbangan kewangan,
perubatan atau peralatan.
E-BULETIN KKM EDISi oktober 2019 18