Page 20 - E buletin Oktober 2019
P. 20

PERSIDANGAN SNOMED CT EXPO KUALA LUMPUR






                  B  Datuk  Seri  Dr.  Dzulkefly  Ahmad,  Menteri
                  Kesihatan     Malaysia     telah    merasmikan
                  Persidangan  Snomed CT Expo di Grand
        YHyatt Hotel, Kuala Lumpur pada 31 Oktober
        2019. Turut hadir sama ialah YBhg Dato’ Seri Dr. Chen
        Chaw Min, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan
        Malaysia (KKM). Dalam expo tersebut,  YB Menteri
        Kesihatan juga telah menyampaikan ucaptama di
        plenari dengan tajuk ‘SNOMED CT Implementation in
        Malaysia’.  Antara intipati kandungan di dalam ucapan
        beliau  adalah  dengan  memberi  penekanan  terhadap
        inisiatif  utama  di  bawah  Agenda  Pembaharuan
        Kesihatan Kebangsaan seperti PeKa B40, pelaksanaan
        EMR, dan Gudang Data Kesihatan Malaysia (MyHDW).
        Tujuan  utama  penganjuran  SNOMED  CT  ini  adalah
        untuk mengkodkan maklumat yang digunakan dalam
        sistem maklumat kesihatan, dalam usaha merekodkan
        data klinikal dengan berkesan untuk menganalisis data
        tidak berstruktur. Ujar beliau lagi, sebagai usaha untuk
        menggalakkan  keseragaman  kesihatan  digital,  KKM
        telah menggunakan SNOMED CT sebagai salah satu
        daripada ‘standard terminology’ dan ‘back-end’ dalam
        pembangunan aplikasi  MyHarmony, yang merupakan
        salah satu modul untuk Gudang Data Kesihatan
        Malaysia  (MyHDW)  yang dibangunkan  bersama
        dengan MIMOS Berhad. Pada ketika ini, KKM  dalam
        usaha untuk memperluaskan penggunaan SNOMED
        CT  bagi aplikasi  MyHarmony dengan  memanfaatkan
        Pembangunan  Refset  bagi  Kesihatan  Pergigian,
        Farmasi dan Patologi.







          17 E-BULETIN KKM EDISi OKTOBER 2019
   15   16   17   18   19   20   21   22