Page 18 - E buletin Oktober 2019
P. 18
MAJLIS PERASMIAN PAMERAN PERANTI PERUBATAN MALAYSIA KE-2 (MYMEDEX)
DAN PERSIDANGAN PERANTI PERUBATAN ANTARABANGSA (IMDC)
ertemakan “Advanced Medical Device
Innovation for Improved Healthcare”,
Pameran Peranti Perubatan Malaysia
Bke-2 (MYMEDEX) dan Persidangan
Peranti Perubatan Antarabangsa (IMDC)
telah dirasmikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir
Mohamad, Perdana Menteri Malaysia di Pusat
Perdagangan dan Pameran Antarabangsa
Malaysia di Kuala Lumpur pada 15 Oktober
2019. Majlis ini juga turut dihadiri oleh YB Datuk
Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan
Malaysia, YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw
Min, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan
Malaysia dan YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham
Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan. Pameran
MYMEDEX dan IMDC ini telah dianjurkan
bersama Pihak Berkuasa Peranti Perubatan,
KKM dan Perbadanan Pembangunan
Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
yang disokong oleh Lembaga Pembangunan
Pelaburan Malaysia (MIDA). Pameran dan
persidangan kali ini telah menarik penyertaan
seramai 150 syarikat dari 20 buah negara yang
telah mengambil bahagian antaranya Taiwan,
pakistan, Korea Selatan, Findland dan New
Zealand. Penganjuran program ini adalah
merupakan inisiatif dalam usaha menjadikan
Malaysia sebagai sebuah hub peranti perubatan
di rantau Asia Tenggara.
15 E-BULETIN KKM EDISi OKTOBER 2019