Page 16 - Ogos 2019
P. 16
PROGRAM KAMPUNGKU SIHAT PARLIMEN
KUALA TERENGGANU
ada 24 Ogos 2019 yang lalu Menteri
Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly
Ahmad telah merasmikan Program
PKampungku Sihat Parlimen Kuala
Terengganu dan Bulan Kebangsaan Peringkat
Jabatan Kesihatan Terengganu. Turut sama
hadir YBM Senator Dato’ Raja Kamarul
Bahrin Shah bin Raja Ahmad, Timbalan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Sempena Pelancaran Program Kampungku
Sihat Peringkat Parlimen Kuala Terengganu,
KKM membawakan para pelatih dari Institut
Latihan KKM bersama-sama dengan anggota di
bawah seliaan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala
Terengganu bagi mengadakan saringan dan
konsultasi kesihatan asas dari rumah ke rumah
di kawasan tersebut. Khidmat nasihat yang
diberikan ialah saringan hipertensi, diabetis
serta memberikan khidmat nasihat berkaitan
penjagaan kesihatan diri. Pada masa kini dalam
usaha untuk mengawal peningkatan penyakit
NCDs, kerajaan telah mengadakan inisiatif Skim
Peduli Kesihatan (PeKa B40) di mana mereka
yang layak menyertai skim ini adalah penerima
Bantuan Sara Hidup yang berumur 40 tahun
ke atas. Program Kampungku Sihat, Parlimen
Kuala Terengganu ini merupakan penganjuran
kali keenam selepas dilancarkan oleh YAB
Perdana Menteri di Langkawi pada Februari lalu.
Destinasi lain adalah Kuala Selangor, Pagoh,
Port Dickson dan Temerloh.
13 E-BULETIN KKM EDISi OGOS 2019