Page 21 - Ogos 2019
P. 21
Persidangan Persediaan
Rancangan Malaysia Ke-12
B Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk
Seri Dr. Dzulkefly Ahmad pada 15 Ogos
yang lalu telah menyampaikan Ucaptama
Ysempena Persidangan Persediaan
Rancangan Malaysia ke 12 di Institut Kesihatan
Negara (NIH) Setia Alam, Shah Alam. Turut hadir
sama Ketua Setiausaha Kementerian Kesihtaan
Malaysia (KKM) YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw
Min, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
YBhg. Dato’ Mohd Shafiq bin Abdullah, Timbalan
Ketua Setiausaha (Pengurusan), KKM, YBhg
Dato’ Dr. Chong Chee Kheong, Timbalan Ketua
Pengarah (Perubatan) YBhg. Datuk Dr. Hj Rohaizat
bin Hj Yon dan YBhg. Datuk Dr. Christopher KC
Lee, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan Dan
Sokongan Teknikal). Persidangan yang diadakan
ini adalah merupakan salah satu usaha KKM
bagi mendapatkan idea dan pandangan dari para
pemegang taruh di sektor kesihatan terutamanya
dari sektor kerajaan, swasta, agensi-agensi luar
dan NGO dalam negara ini bagi menghasilkan
perancangan Pelan Pembangunan Pasca 2020
dan RMK12 sektor kesihatan yang lebih holistik
dan inklusif. Dalam ucapan YB Menteri Kesihatan,
beliau menyatakan bahawa sebagai warga KKM
seharusnya berbangga atas pencapaian ini
kerana pengiktirafan di peringkat antarabangsa ini
membuktikan bahawa perkhidmatan kesihatan di
Malaysia bukan sahaja bermanfaat kepada rakyat,
malah pencapaian tersebut meletakkan Malaysia
setanding dengan negara-negara maju yang lain.
E-BULETIN KKM EDISi ogos 2019 18