Page 18 - Ogos 2019
P. 18

13  Ministry of Health-Academy
              th

        of Medicine Malaysia (MOH-AMM)


        Scientific Meeting


                 ada 27 Ogos 2019 yang lalu,   YB Datuk Seri
                 Dr.    Dzulkefly  Ahmad,  Menteri  Kesihatan
                 Malaysia  telah  merasmikan  “13   Ministry  of
                                                     th
       PHealth-Academy of Medicine Malaysia (MOH-
                                                  st
        AMM)  Scientific  Meeting  and  the  21   NIH  Scientific
        Seminar” di Institut Kesihatan Negara (NIH), Setia Alam,
        Selangor. Lebih daripada 830 delegasi telah menghadiri
        seminar yang berlangsung selama tiga hari tersebut.
        Seminar tersebut memfokuskan perkongsian dalam
        kalangan pakar kesihatan dalam usaha mengurangkan
        cabaran dalam menangani peningkatan jumlah pesakit
        pelbagai morbiditi yang kompleks, penuaan penduduk,
        dan penyampaian kesihatan yang tidak bersepadu
        seterusnya menyumbang kepada penjagaan kesihatan
        yang tidak berkesan dan mahal. Perkhidmatan kesihatan
        bersepadu dan berorientasikan rakyat merupakan satu
        langkah rekabentuk sistem kesihatan yang komprehensif
        dalam usaha meningkatkan keberkesanan penyampaian
        perkhidmatan kesihatan serta meningkatkan kualiti
        penjagaan kesihatan di negara ini. Majlis perasmian
        berkenaan turut dihadiri oleh  YBhg. Datuk Dr. Noor
        Hisham  Abdullah,  Ketua  Pengarah  Kesihatan,  YBrs.
        Profesor  Dr. Rosmawati Mohamed, Ketua  Akademi
        Perubatan  Malaysia,  YBhg.  Dato  Dr.  Goh  Pik  Pin,
        Pengarah Interim NIH, Ahli Pengurusan Tertinggi KKM,
        Ahli Majlis AMM, Pengarah-pengarah Institusi NIH dan
        delegasi serata Malaysia. AMM juga turut mengadakan
        konvokesyen dan sesi penganugerahan kepada 14 ahli
        akademik dan 148 orang dianugerahkan keahlian baru.





          15 E-BULETIN KKM EDISi ogos 2019
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23