Page 22 - Ogos 2019
P. 22

Majlis Pembukaan


        Kongres Pembedahan


        Sedunia ke-48






                  Bhg. Datuk Dr. Noor Hisyam Abdullah,
                  Ketua Pengarah Kesihatan (KPK)
                  telah menghadiri Majlis pembukaan
        YKongres  Pembedahan  Sedunia  ke-
        48 di Krakow, Poland dari 11-15 Ogos 2019.
        YBhg.  Datuk  KPK  telah dijemput menjadi
        moderator ketika sesi “Global Scenario of
        Education, Training & Ethics in Breast Surgery”
        dalam  Kongress tersebut. Selain  itu,  YBhg.
        Datuk KPK juga telah memberikan ucaptama
        yang bertajuk “Global Surgery Education and
        Training” menggunakan konsep “Malaysian
        Breast and Endocrine Surgical  Training”
        dan “Malaysian Standards for Postgraduate
        Medical  Specialist Training” sebagai  contoh
        khusus yang telah digunapakai  di Malaysia.
        Beliau juga berpeluang untuk mempromosikan
        Kongres  Pembedahan  Sedunia  Kali  ke-49
        pada tahun 2021 yang akan diadakan di Kuala
        Lumpur  dan dikurniakan anugerah  Martin
        Allgoewer Honorary Award oleh International
        Society of Surgery (ISS) di  atas kepakaran
        beliau dalam bidang kedoktoran.










          19 E-BULETIN KKM EDISi ogos 2019
   17   18   19   20   21   22   23