Page 103 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 103

1.    Perancangan dan penyediaan dokumen tender bagi migrasi sistem TPC kepada
                     TPC-OHCIS
               2.    Pemantauan Sistem TPC & TPC-OHCIS  termasuk penyelenggaraan sistem
               3.    Persediaan change management dan TOT untuk migrasi sistem TPC kepada
                     TPC-OHCIS

               Sistem baharu TPC-OHCIS ini pada mulanya dirintis di enam (6) buah Klinik Kesihatan
               di  daerah Seremban,  Negeri  Sembilan.  Klinik  kesihatan yang terlibat adalah  KK
               Ampangan, KK Mantin, KK Seremban, KK Seremban 2, KK Senawang dan KK Sikamat.
               Pada tahun 2019,  jumlah pesakit baharu yang telah didaftarkan di dalam sistem TPC-
               OHCIS bagi enam (6) klinik tersebut adalah seramai 61,303 pesakit, manakala jumlah
               lawatan adalah sebanyak 837,715 lawatan.

               INISIATIF PENGUKUHAN PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER (EnPHC)

               Enhanced Primary Healthcare (EnPHC) merupakan suatu inisiatif untuk meningkatkan
               tahap kesihatan rakyat Malaysia melalui pendekatan sistematik dalam pengendalian
               penyakit  tidak  berjangkit  (NCD)  di  peringkat  penjagaan  kesihatan  primer.  Ia
               memfokuskan  kepada  tiga  komponen  utama  iaitu  komuniti,  klinik  kesihatan  dan
               kesinambungan penjagaan kesihatan di  jaringan perkhidmatan yang berbeza.
               Intervensi ini menekankan pendekatan penjagaan berfokuskan pelanggan dengan
               mewujudkan  kesedaran  kesihatan  dan  pemerkasaan  komuniti,  perkhidmatan
               kesihatan yang komprehensif  di  klinik  kesihatan dan  integrasi antara penjagaan
               primer dan sekunder. Melalui EnPHC, risiko penyakit NCD dapat dikesan awal dan
               intervensi yang wajar dan rawatan awal dapat diberikan. Hasil kajian projek perintis
               yang  dijalankan  dari  2017  hingga  2018  oleh  Institut  Kesihatan  Umum  mendapati
               EnPHC intervensi telah meningkatkan bilangan saringan NCD dan pengesanan awal
               Diabetes Mellitus, Hypertensi dan Hypercholesterolemia. Dengan ini, prevalens kes
               Diabetes yang tidak didiagnos menurun daripada 41 peratus kepada 25 peratus dan
               Hypercholesterolemia daripada  45 peratus kepada 36  peratus.  Pada tahun  2019,
               inisiatif ini telah dilaksanakan di 40 buah klinik kesihatan di negeri Johor, Selangor
               dan Negeri Sembilan dan akan diperluaskan secara berfasa. Lapan indikator utama
               yang dipantau adalah seperti berikut:


                                                                                Sasaran (Peratus)
                  i   Peratus enrolmen populasi                                       95.0
                 ii   Peratus populasi disaring                                       50.0
                 iii  Peratus Hipertensi yang baharu di diagnosis                      9.2
                 iv   Peratus Diabetes Mellitus yang baharu di diagnosis              17.2
                 v    Peratus Hyperlipidaemia yang baharu di diagnosis                38.6
                 vi   Peratus yang patuh kepada temujanji klinik                      90.0
                 vii  Peratus yang patuh kepada temujanji hospital                    100.0
                 viii  Peratus pematuhan kepada temujanji pengambilan ubat            90.0
                      susulan





                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  93
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108