Page 135 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 135

2.  Perkhidmatan Kardiotorasik: Program  Miracle  Baby  and  Children’s  HeartLink
                   USA
               Perkhidmatan  Jantung  Kanak-kanak  telah  diwujudkan  secara  berasingan  daripada
               Perkhidmatan Jantung Dewasa. Penyelaras-penyelaras perkhidmatan tersebut telah
               dikenal pasti untuk mencari penyelesaian menambah slot pembedahan bagi pesakit
               kanak-kanak yang mempunyai penyakit jantung kongenital. Antara usaha jangka masa
               terdekat  adalah  kerjasama  dengan  Universiti  Tunku  Abdul  Rahman  (UTAR)  dalam
               Program  Miracle  Baby  dan  Children’s  HeartLink  USA  bagi  menjemput pakar-pakar
               bedah kardiotorasik kanak-kanak dari India serta Amerika Syarikat untuk melakukan
               pembedahan di hospital-hospital KKM.


               3.  Perkhidmatan Rawatan Harian: Rawatan Harian melalui Platfom Kluster

               Perkhidmatan Rawatan Harian (PRH) terdapat di 127 buah hospital kerajaan dan KKM
               telah membina 8 buah ‘Ambulatory Care Centre (ACC)’ dalam pemberian perkhidmatan
               ini. Fokus utama PRH adalah dalam pelaksanaan ‘True Day Care Surgery’ dan juga
               prosedur-prosedur bukan pembedahan di kesemua fasiliti ACC di hospital-hospital
               KKM. Mulai 2018, perkhidmatan rawatan harian mula berkembang melalui initiatif
               kluster. Langkah ini dilakukan bagi memastikan mutu perkhidmatan yang lebih cekap.

               4.  Perkhidmatan Kecemasan

               Perkhidmatan Kecemasan terdiri daripada enam subkepakaran atau subbidang iaitu
               Perawatan Kritikal Kecemasan, Toxikologi Klinikal, Perawatan Pra-Hospital, Pengurusan
               Bencana, Perubatan Kecemasan Paediatrik dan Perawatan Kecemasan Trauma.

               Pada tahun 2019, terdapat aktiviti baru yang mula diperkenalkan di antaranya adalah
               Program CPR untuk komuniti.  Program ini adalah merupakan kolaborasi di antara
               Bahagian  Perkembangan  Perubatan  dan  juga  Bahagian  Kawalan  Penyakit  sebagai
               urusetia  utama  di  peringkat  Kementerian.  Program  ini  pertama  kali  dijalankan  di
               negeri Kedah dan  seterusnya di  negeri Sabah.  Program ini  akan  terus dilanjutkan
               dengan penglibatan pelbagai negeri pada tahun 2020.

               Bagi Perkhidmatan Pra Hospital dan Ambulans, perkhidmatan ini telah terlibat dalam
               Projek  5G  Nasional  bagi  sektor  Kesihatan  di  mana  projek  rintis  4G/5G-connected
               ambulance telah dijalankan di beberapa hospital di Lembah Klang dan juga Langkawi.

               Purata jumlah pesakit yang dijangka menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan
               Trauma  akan  meningkat  kepada  tiga  (3)  peratus  setahun  dari  tahun  2015  hingga
               2018.  Data  daripada  system  MERS999  menunjukkan  bahawa  KKM  adalah  agensi
               yang  menerima  panggilan  kecemasan  paling  tinggi,  lebih  daripda  50  peratus
               berbanding agensi-agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba
               dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
               dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Pada tahun 2019, jumlah panggilan
               kecemasan yang diterima KKM meningkat pada 425,239 panggilan (January hingga
               Disember 2019) berbanding tahun sebelumnya (0.25 peratus kenaikan). Peningkatan
               ini  menyebabkan  penambahan  beban  kerja dan  menjadi  cabaran  utama tetapi
               Perkhidmatan Kecemasan sentiasa menjalankan tugas yang berkualiti.


                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  125
   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140