Page 133 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 133

Dengan itu perkhidmatan kesihatan yang lebih saksama, efisien, cekap, dan berkualiti
               dapat di  sampaikan kepada masyarakat. Sehingga tahun  2019  KKM  telah berjaya
               membentuk 25 buah hospital kluster melibatkan 88 buah hospital KKM di seluruh
               negara. Daripada jumlah ini, 53 hospital merupakan hospital tanpa pakar, manakala
               selebihnya merupakan hospital berpakar.

               Pembentukan  hospital  kluster dapat meningkatkan akses kepada  perkhidmatan
               kepakaran terutama di hospital tanpa pakar. Ini dapat dibuktikan melalui peningkatan
               jumlah  pesakit  dirawat  di  klinik  pakar  telah  meningkat  daripada  50,000  kepada
               70,000 pada 2013 dan 2016 di Hospital Kluster Rintis (Hospital Kluster Pahang Tengah,
               Hospital  Kluster  Melaka  dan  Hospital  Kluster  Tawau).  Dalam  tempoh  yang  sama
               peningkatan kadar penggunaan katil juga telah meningkat sebanyak 13 peratus.  Di
               samping itu, melalui perkongsian perolehan item-item terpilih penjimatan telah dapat
               dilaksanakan. Sejumlah penjimatan sebanyak RM1.2 juta telah dapat dilaksanakan.
               Melalui  penjimatan ini  hospital dapat terus  beroperasi menggunakan peruntukan
               sedia ada. Pelaksanaan hospital kluster akan terus diperluaskan dan diperkukuhkan
               bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang lebih mampan dapat disediakan.

               Sistem  Casemix pula  dibangunkan dengan tujuan  untuk meningkatkan kecekapan
               pengurusan  pesakit  serta  pengurusan  kewangan.  Subunit  Casemix  ditubuhkan  di
               bawah  Bahagian  Pembangunan  Perubatan  (BPP)  berdasarkan  empat  (4)  prinsip
               utama iaitu tanggungjawab bersama, kecekapan, ekuiti dan ketelusan. Melalui prinsip
               ini, pelbagai pihak berkepentingan dalam Kementerian Kesihatan (KKM) bekerjasama
               untuk  mencapai  matlamat  yang  diinginkan  seperti  menghasilkan  maklumat  untuk
               pengurusan yang lebih baik bagi sektor kesihatan, meningkatkan kecekapan peruntukan
               sumber di seluruh hospital dan meningkatkan ekuiti pembiayaan kesihatan merentasi
               pelbagai jenis hospital, kawasan geografi, atau kumpulan penduduk.
               Aktiviti utama yang telah dijalankan oleh pasukan Casemix KKM pada tahun 2019
               meliputi  aktiviti  pengukuhan  dan  perluaskan  penggunaan  sistem  Casemix  sebagai
               sistem yang membantu hospital untuk mempertingkatkan kecekapan pengoperasian
               dan  penggunaan  sumber-sumber  dalam  perawatan  pesakit.  Sebanyak  12  hospital
               tambahan telah mengguna pakai MalaysianDRG dan menjelang akhir tahun 2019,
               sebanyak 72 hospital KKM (49 peratus) telah berjaya melaksanakan Sistem Casemix
               di seluruh negara.

               Subunit Casemix berhasrat untuk terus memperkukuh keupayaannya untuk menyokong
               kelestarian sistem kewangan kesihatan Malaysia dengan memaksimumkan kecekapan
               dan kesaksamaan penjagaan kesihatan, sejajar dengan misi dan visi KKM.

               UNIT PERKHIDMATAN PERUBATAN

               Pada tahun 2019, Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Penjagaan Paliatif 2019 hingga
               2030 telah dilancarkan. Pelan strategik ini memuatkan perancangan penyampaian
               perkhidmatan perubatan paliatif secara am dan khusus untuk tahun 2019 sehingga
               2030  dan ini  merupakan penerbitan pertama  daripada perkhidmatan perubatan
               paliatif.








                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  123
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138