Page 132 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 132

PENGENALAN

            Program  Perubatan  bertanggungjawab  ke  atas  dasar  perancangan,  pembangunan
            perkembangan,  pemantauan,  pengawal  seliaan  dan  pengurusan  amalan  bagi
            perkhidmatan  perubatan  dan  fasiliti  kesihatan  serta  profesion  perubatan  dan
            profesion yang berkaitan di sektor awam dan swasta. Program ini terdiri dari lima
            (5) Bahagian iaitu: Bahagian Perkembangan Perubatan, Bahagian Amalan Perubatan,
            Bahagian Kejuruwatan, Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Bahagian Perubatan
            Tradisional dan Komplementari.
            BAHAGIAN PERKEMBANGAN PERUBATAN

            Bahagian  Perkembangan  Perubatan  bertanggungjawab  untuk  membuat  polisi
            merangkumi perancangan, perlaksanaan dan pembangunan perkhidmatan kesihatan.
            Fokus utama adalah untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan di peringkat hospital
            bagi membantu kesihatan awam. Semua fungsi ini berada di dalam seliaan cawangan
            dan unit berikut:
                i.  Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan
                ii.  Cawangan Pembangunan Profesion Perubatan
                iii.  Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan
                iv.  Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan
                v.  Unit Teknikal Bantuan Perubatan

            CAWANGAN PERKEMBANGAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

            Cawangan  Perkembangan  Perkhidmatan  Perubatan  bertanggungjawab  untuk
            menyelaras dasar-dasar serta pelaksanaannya bagi semua perkhidmatan perubatan
            termasuklah perkhidmatan Perubatan,  Pembedahan, Kecemasan,  Obstetrik  &
            Ginekologi, Pediatrik dan juga Sokongan Klinikal. Cawangan ini juga bertanggungjawab
            dalam merancang dan memantau pengurusan perkhidmatan perubatan. Selain itu,
            Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan turut terlibat dalam perancangan,
            perolehan  dan  pemantauan  peralatan  perubatan,  consumables  dan  reagen untuk
            semua perkhidmatan perubatan di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.


            UNIT PERKHIDMATAN PENGURUSAN HOSPITAL
            Di dalam usaha untuk mempertingkatkan kecekapan pengurusan hospital, KKM telah
            melaksanakan inisiatif hospital kluster dan membangunkan Sistem Casemix. Hospital
            kluster dilaksanakan melalui penstrukturan semula hospital-hospital KKM daripada
            satu hospital sebagai satu entiti kepada hospital kluster sebagai satu entiti. Setiap
            hospital kluster dibentuk melalui gabungan beberapa hospital di lokasi geografi yang
            sama dan berdekatan dengan melibatkan sekurang-kurangnya satu hospital berpakar.
            Melalui  pembentukan  hospital  kluster, semua sumber termasuk  sumber manusia,
            kepakaran, peralatan, fasiliti dan lain-lain dapat dioptimumkan dan dikongsi bersama
            oleh hospital-hospital ini.









        LAPORAN TAHUNAN
    122  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137