Page 236 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 236

Jadual 6.16
                     Ringkasan Aktiviti dan Pencapaian Unit Kualiti Udara Tahun 2019


                 Aktiviti Utama          Keterangan Aktiviti              Pencapaian
             Mesyuarat              Mesyuarat kolaborasi           Persetujuan kedua-
             Kolaborasi antara      sekali dalam setahun bagi      dua pihak bagi jadual
             UKU dan EHRC, IMR      membincangkan perjadualan  persampelan IAQ 2019
                                    persampelan IAQ 2019           telah dicapai melalui
                                    (parameter Mikrobiologi)       mesyuarat pada 9 Januari
                                    di 13 JKN dan lima (5) Blok    2019.
                                    IPKKM.
             Pemantauan Kualiti     Pemantauan rutin di 13 JKN     13 Laporan Program
             Udara Dalaman          telah bermula dari April       Pemantauan Kualiti Udara
             (IAQ) di 13 Jabatan    hingga November 2019.          Dalaman (IAQ) yang
             Kesihatan Negeri                                      dijalankan di semua JKN
             (JKN)                                                 telah disediakan.
             Pemantauan Kualiti     Pemantauan  rutin  di  lima  Lima (5) Laporan Program
             Udara Dalaman          (5) Blok IPKKM  bermula dari  Pemantauan Kualiti Udara
             (IAQ) di Lima (5)      Ogos hingga November 2019.     Dalaman (IAQ) yang
             Blok IPKKM                                            dijalankan di semua Blok
                                                                   IPKKM telah disediakan.

             Audit Kualiti          Audit Pengurusan IAQ telah     Audit telah dihadiri wakil
             Udara Dalaman          diadakan pada 25 Julai 2019    Bahagian Perkhidmatan
             oleh JKKP Wilayah      di Aras 4, Seksyen Kawalan     Kejuruteraan, Bahagian
             Persekutuan Kuala      Alam Sekitar, Blok E3, IPKKM.  Khidmat Pengurusan,
             Lumpur                                                Jabatan Kerja Raya dan
                                                                   syarikat penyenggaraan

            Sumber: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM

            HALA TUJU

            Untuk memperluaskan perkhidmatan penyediaan penjagaan kesihatan kepada
            pesakit  dan  orang  awam  dan  melindungi  kesihatan  awam,  peranan  jurutera  di
            Bahagian  Perkhidmatan  Kejuruteraan  perlu  lebih  menonjol  untuk merealisasikan
            wawasan KKM. Terdapat keperluan komitmen jangka panjang untuk terus melatih
            kakitangan untuk meningkatkan pengetahuan,  kemahiran dan  kecekapan  mereka
            selaras dengan amalan dan standard. Satu sistem pemprosesan yang cepat, cekap
            dan berkesan adalah perlu untuk penyampaian maklumat dan perkhidmatan bagi
            memastikan Bahagian ini dapat mengoptimalkan penggunaan infrastruktur, peralatan
            dan teknologi dalam proses kerja harian.





        LAPORAN TAHUNAN
    226  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   231   232   233   234   235   236   237   238   239   240   241