Page 290 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 290

PENGENALAN

            Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) ditubuhkan bagi memantapkan
            aktiviti  merancang,  melaksana,  memantau  dan  menilai  aktiviti  keselamatan  dan
            kualiti makanan bagi melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan
            dan  penipuan  pada  penyimpanan,  penyediaan, pemprosesan pembungkusan,
            pengangkutan, penjualan dan penggunaan makanan serta memudahkan perdagangan
            makanan. Mandat untuk kawalan ini diperuntukkan di bawah Akta Makanan 1983
            dan peraturan-peraturan yang berkaitan.


            AKTIVITI DAN PENCAPAIAN


            PEMATUHAN DOMESTIK


            PENDAFTARAN PREMIS MAKANAN

            Di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009),
            semua  premis  makanan  wajib  berdaftar  dengan  Kementerian  Kesihatan  Malaysia
            (KKM). Pada tahun 2019, sebanyak 38,127 premis makanan telah didaftarkan oleh
            pemilik premis melalui aplikasi atas talian http://fosimdomestic.moh.gov.my/ (Rajah
            9.1). Jumlah tersebut terdiri daripada 1,449 kilang makanan, 3,894 premis makanan
            yang terlibat dalam katering makanan, 29,508 premis outlet makanan, 76 kenderaan
            menjual makanan dan 3,200 lain-lain premis makanan.

                                                 Rajah 9.1
                          Bilangan Premis Berdaftar bagi Tahun 2015 hingga 2019



























            Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM







        LAPORAN TAHUNAN
    280  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   285   286   287   288   289   290   291   292   293   294   295