Page 285 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 285

8 November 2019 di Hotel Everly, Putrajaya. Tujuan mesyuarat teknikal ini diadakan
               adalah untuk membincangkan rangka kerja kolaborasi antara negara-negara ASEAN
               bagi  meningkatkan  sekuriti  dan  kemandirian  ubat-ubatan  serta  membincangkan
               kesesuaian pelaksanaan perolehan ubat-ubatan secara bersama (pool procurement)
               di rantau ini. Seramai 31 orang delegasi daripada enam (6) negara ASEAN bersama
               dua (2) Sekretariat ASEAN dan wakil-wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia telah
               menghadiri mesyuarat teknikal ini (Imej 8.4).


                                                    Imej 8.4
                                       Wakil dari Negara Anggota ASEAN






















                                   Sumber: Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi, KKM

               PENGIKTIRAFAN KEPADA NPRA BAGI PELAKSANAAN  DASAR NEGARA
               BAGI PEMBANGUNAN DAN PELAKSANAAN PERATURAN (NPDIR)

               NPRA  sedang  mempromosikan  Amalan  Pengawalseliaan  Baik  (GRP)  dalam
               pembangunan dasar dan garis panduan baru selaras dengan persetujuan antarabangsa
               daripada OECD-GLP-MAD, PIC/S dan kumpulan kerja ASEAN. NPRA telah diberi sijil
               penghargaan untuk sumbangan aktif dan komitmen yang tinggi terhadap perlaksanaan
               Dasar Negara Bagi Pembangunan dan Pelaksanaan Peraturan (NPDIR) selama dua
               (2)  tahun  berturut-turut  (tahun  2018 dan  2019) pada  Konvensyen Kebangsaan
               Amalan  Pengawalseliaan  Baik  yang  telah  dianjurkan  oleh  Malaysian  Productivity
               Corporation. Anugerah ini diberikan untuk terus memupuk kepentingan pelaksanaan
               GRP khususnya bagi pembuat dasar terutamanya dalam memastikan kualiti dasar dan
               peraturan kerajaan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomik dan produktiviti di
               Malaysia (Imej 8.5).
















                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  275
   280   281   282   283   284   285   286   287   288   289   290